Allianz Foodie Hunt 2015
17th Oktober 2015
Allianz Foodie Hunt 2015
Penyertaan kedua tahun 2015 untuk acara Treasure Hunt tapi berlainan sikit berbanding event sebelum ni... wahhhh excited sangat sebab treasure hunt ni melibatkan MAKANNNNN.. hahaa
thanks pada informer yang ajak kami join dan register event ni,
Event ni setiap team ada 3 orang members,pastu dalam team member tu mesti ada salah seorang adalah blogger. Pencarian team member berjaya dengan jayanya... yeayyy~~
Memperkenalkan team kami yang super duper comellll.... "Team EFL"
Sebenarnya EFL tu singkatan nama kami kami ni je [E=Elina. F=Fauzana. L=Lizawati] senang kerja tak yah nak poning poning pikir nama kumpulan... hahahaha
Memperkenalkan team kami yang super duper comellll.... "Team EFL"
Sebenarnya EFL tu singkatan nama kami kami ni je [E=Elina. F=Fauzana. L=Lizawati] senang kerja tak yah nak poning poning pikir nama kumpulan... hahahaha
(Semua cun cun team member ai; Fauzana Ismail♥Lizawati Bakri♥Elina Lukman)
Sebelum flag off kami kena buat tarian zumba, gila havoc la tarian dia tapi ai enjoy je siap duduk line depan, excited dia tahap tinggi la jugak... goyang kanan goyang kiri; lompat bintang lompat bulan hahaha happening... yang penting dah berpeluh skit...
Dah habis berzumba bagai dengar sikit taklimat, pastu kami ready dah nak lari lari dan makan makan.. Tunggu punya tunggu nak flag off kena pulak line up sebab nak serahkan "Passport" task untuk acara nanti...wawaaawaa tazabaarrrrrnya...
(hanya team leader je yang kena beratur- Sis Lizawati Bakri)
Okeh acara dah nak bermula, untuk pengetahuan korang segala kemudahan pengangkutan hanya khidmat "Monorel/KTM/LRT" sahaja yang di wajibkan selain "berlari/berjalan" haaaaa nampakkkk drama dia. TAK boleh naik bas Tak boleh naik teksi. cuba banyangkann...
Tapi semua tu belum ada dalam kepala otak sebb belum pun start. otak pikir makan je..
Lupa nak snap gambar passport untuk nama nama kedai makan yang ke pegi terjah, tapi sempat la snap gambar 10 soalan bonus yang super mencabar...
(sangat mencabar kan? adalah soalan yang senang tu dapat kami jawab)
Sebelum nak cerita panjang pasal makan makan tu, meh ai story mory pasal jawapan untuk soalan diatas..
1. TEH TARIK ( senang je jawapan dia )
2. APOM BALIK ( yang ni tricky sikit, apom tu dah betul tapi tatau plak ayat terbalik tu diguna pakai )
3. CHICKEN RICE BALL ( coward= ayam/chicken, grain=nasi/rice, susunan ayat bulat=bola/ball)
4. ROTI BOM ( yang ni senang giler kan? tengok je dah tau pun )
5. AYAM PONGTEH ( yang ni pun consider senang kalau tahu formula HUNT )
6. RENDANG (anda pandai geografi? tu area Pulau Redang kan.. kot kot ada nama makanan serupa redang x )
7. BAHULU ( yang ni senang bagi yang pandai huruf roman, susah nak explain la...hahaha)
8. PISANG GORENG (nampak soalan dia? haaa goreng la ayat tu sampai jumpa!! kami jumpa PISANG je, kakaka )
9. PASEMBUR ( hahaha laka laka la jawapan kami untuk soalan ni... kami jawab PAPARICH kot )
10. OTAK OTAK (memang x terpikir jawapan ni, baca la banyak kali sekalipun takkan jumpa.. kena baca sepintas lalu je baru dpt jawapan tu!!! )
Okeh jom mula lari lari dan makan!!!!
Check Point 1 (CP1) - Nasi Kandar Pelita
CP1 tugasan di sahut oleh ai (elina), actually tak bajet pun makan mee goreng mamak ni (dalam otak set makan roti canai je)... okeh drama bermula bila hidangan sampai lewat tak adil sebab kami dtg awal kot... 1st serve kami makan dulu, auucchhh panas giler mee goreng mamak ni plus panas, telan je lahh, okeh drama abis! jom lari lari anak ke LRT KLCC, kita serang Kg. Baru pulak...
Check Point 2 (CP2) - Nasi Campur
CP2 pulak cabaran untuk nana, kedai makan ni kat area kampung baru... nampak sedap kan? ada petai, ada ulam, ada ikan kembung... nasi mestila adakan tapi.... nasi takde kuah?? hahaha drama lagi bila kuah kena amik sendiri. Nasi tak berkuah mau tercekik kawan saya tu huhuhuu... YUKENDUIT nana!! hahaha, Task selesai.. jom serang CP3 (katanya area sini jugak)...
menapak dan trus menapak la kita sampai melecet kaki (omaigad!! baru nak p CP3 dah melecet)
menapak dan trus menapak la kita sampai melecet kaki (omaigad!! baru nak p CP3 dah melecet)
Check Point 3 (CP3) - Nasi Padang
yang ni kak Liza punya, memang sedap giler tapi pedas skit la, jenis lauk boleh pilih sebab ada 2 pilihan je pon... Ngap ngap ngap kak liza settle. makan kejap je tapi masalah nak cari lokasi... tanya orang awam pun gitu juga... refer waze lagi jahanam... hhahaaa
okeh lari pegi LRT jom turun kat Jamek.... ada 2 task kat situ!!!
Check Point 4 (CP4) - Kedai Manisan Jai Hind
wahhh dah sampai CP4 dan wahhh task ni kak liza sambung makan lagi! hahaha sorry kak liza.. kak liza kena makan manisan tradisional orang india... awwww ai tak makan kueh ni..heheheh
dalam task ada task, sebelum dapat passport nak check out kena jawab soalan pulakkk...
nampak sedap nampak sedap hihiiihi, jom pegi CP5, block sebelah je kat jalan Bunus 1...
kat situ task untuk ai...waaaaaa hahaha
Check Point 5 (CP5) - Roti Canai Spesial
wahhhh memang spesial, saya suka saya suka! 4 5 kali jugakla ngap ngap pastu abis...
sedap giler wei, tapi nikmat makan dia memang takdela sebab ni bukan makan tapi telannn!! hahaa
Roti canai special pastu ada task special jugak, kami kena snap gambar wefie yang kretip...
props dah standby awal so xde hal la..
tudiaaaa superhero wefie, comel kan Team EFL ni? haahhaa
.
.
.
Check Point 6 (CP6) - jalan pasar pudu :ABC:
Lepas habis kat masjid india jom lari ke stesen LRT kita serbu pulak ABC kat pasar pudu..
tenaga semua dah abis, especially kak liza... sian dia 2 2 kaki krem tak leh jalan.
huarrgghhh,takpe kita pun rehat jap, jom rehat dlm train...
okeh train sampai and jom cari kedai ABC special tuh!! kat sini kak liza dah tak dapat nak kejar so dia teringgal, nana masih lagi power leading kami kat depan... lagi pn ini task untuk dia..
nana mana nana hahahah ilang dah, sesak penuh orang kat pasar tu!!
Hebat nana, sejuk sejuk pun boleh makan sampai abis... KIPIDAP!! DONGIBAB!! hahaha
kak liza mana? hahaha tertinggal 10minit kat belakang... hahahaa
panjang citer tu, so tak yah explain... citer yang penting penting je...
Check Point 7 (CP7) - Kedai Misteri
CP 7 ni kat bangsar je, dah dekat pun kat pit stop kami... kedai ni dorang x bagi sebarang klu sebab tu kami cakap kedai ni misteri~
kami follow team depan, pantang nampak orang pakai baju biru kami kejar... hahhha jumpa la kedai Fierce tuh.. kat situ serve nasi beriyani.. kak liza yang makan...
nasi lagi? sian kak liza 2 task kena makan nasi...
dah jom pegi daftar tanda dah finish...
pssstttt kami skip 1 CP8 kat tangling, banyak ura ura kata kedai tu jauh menapak.
so kami memang tak pegi serang pun...huhuhu
dah takyah citer panjang panjang... team EFL kalah dengan jayanya...
dapat massage pun ok dah..
penat..
ha
ha
ha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan