THROWBACK! Pestime Menang
Peraduan berlangsung dari 01 ogos 2017 hingga 31 ogos 2017. Beli mana mana produk penjagaan rambut Sunsilk,Dove atau Dove yang bernilai RM25.00 dan keatas dalam 1resit dari ECONSAVE.
Peraduan offline ni antara peraduan yang selalu saya join walaupun selalu rasa takut sebab memerlukan modal wang ringgit yang banyak.Kena pandai susun strategi kalau nak join banyak entry atau banyak nama penyertaan...
Nak lebih banyak peluang menang? kena lah beli banyak banyak tapi kalau dah nama tu ada LUCK lebih join 1 nama 1 resit je pun dah boleh menang tau... bestnyaaa
Memandangkan saya dapat banyak order untuk beli shampoo sunsilk so dapatlah hantar 7 penyertaan, Hantar melalui whatsapp dan tawakal je sebab memang tak pernah lagi menang hadiah tolak troli kat pasaraya.
Hadiah yang ditawarkan sangatlahhhhh mewah! RM2000.00 untuk seorang pemenang dan jumlah pemenang ada 10 orang keseluruhan... Setiap pemenang layak ambil RM2000.00 produk Uniliver dalam 5minit masa yang diberikan...
:: berikut adalah produk Unilever yang boleh di ambil :: |
Serious memang tak fikir langsung pasal jumlah hadiah yang di tawarkan, cuma perasaan gembira dan seronok tu yang lelebih...
Lepas beberapa jam berlalu tup tup dapat reply whatsapp lagi menyatakan nama saya sendiri juga menang peraduan ni. tadi dah excited sekarang rasa nak pengsan pulak sebab fikir eh boleh ke aku kaut RM4000.00 total kemenangan hanya dalam 5 minit dannn hanya boleh guna 2 Troly je.
:: reply whatsapp kemenangan, masa ni dah nak pengsan sebenarnya hahahah :: |
:: Hehe ada juga list penuh kemenagan, sepatutnya ada 10 winner mungkin seorang tak hadir :: |
Jom layan gambar dan sedikit video yang sempat saya rakam dan snap semasa berlangsung acara ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan