Rabu, 11 November 2015

DIY tabung tong gas aircond

D.I.Y aka do it yourself... 

Assalamualaikum...selamat pagi

seronoknya apa yang kita rancang berjalan seperti yang kita mahu walaupun tak berapa menjadi sangat..

apa yang saya rancang?? hehheh saya rancang projek DIY tabung tong gas aircond saya sendiri...

berminggu jugaklah nak cari tong gas aircond yang kosong, berkat usaha adik lelaki ai dapat la setong gas kosong....
daebakkkk!!! tazabarrr nak deco deco n menabung~~~


tadaaaa comelkan, senang je nak buat tabung sendiri just pastikan semua bahan cukup hihihiii..

bahan bahan:
1.Tong gas aircond kosong
2. Fancy sticker
3. Start do it yourself (DIY)

senang macam abc kan, sebelum tu jangan lupa buat lubang untung masuk coin ya...





lepas ni semakin semangatlaa ai nak menabung... 


selamat menabung!!!








Majlis Cukur Jambul - Baby Nur Aresha Dila Bt Muhd Nor Azim


Assalamualaikum...

Semalam 8 haribulan november 2015, majlis kesyukuran cukur jambul baby Aresha... yeayyy adik baby dah fullmoon.

majlis adik baby buat simple simple je, jemput jiran tetangga dan saudara dan sahabat...


She was born at 27th of October 2015... 

Terima kasih ya Allah untuk rezeki ini, baby Aresha ni anak ketiga adik perempuan saya (Nurul Aida Bt Lukman)..

Semalam busy sangat nak buat preparation untuk majlis malamnya.. hahaha



potong potong ayam... siang siang ikan... cuci cuci kambing... hehehe, lauk untuk majlis malan tu semuanya freshh kami masak sendiri (mesti sedap)


tadaaaa ni la dia hasilnya seekor kambing yang berjaya dilapah dan ready nak kena masak... menunya adalah gulai kambing.. 

Antara menu lainnya ikan tongkol masak kicap; ayam goreng; sayur nangka masak manis dan beberapa makanan tambahan...

jemputan malam itu dalam lingkungan 60 orang je, 


kita rancang tuhan yang menentukan... malam tu hujan turun tapi alhamdulillah cepat juga renyainyaaa.. 





berikut antara moment masa majlis cukur jambul berlangsung... 

tak sempat nak snap moment banyak banyak... sebab busy sangat so kita snap yang termampu je...

ini antara buah tangan simple yang ikhlas dan termampu kami berikan untuk tetamu lelaki dan perempuan yang hadir meriahkan majlis kami....

Layankan moment yang sempat kami snap malam tu eh...




tapi sedih gambar ai takde pun... huaaa hahaa... penat malam tu sampai ke pagi tak ilang... sakitnya badan menyebabkan ai tak keja esok harinyaa hihihii

terima kasih yang tak terhingga buat kalian yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini... 

tuhan je yang dapat membalas bantuan ikhlas kalian... aamiinnn

sekian untuk moment ini...

semoga baby Nur Aresha Dila Bt Muhd Nor Azim sentiasa berada didalam lindungan Allah s.w.t hendaknya

08.11.2015

















Jumaat, 6 November 2015

Finalist Cabaran Shaylanista 2.0


assalamualaikum 

woot woot...

Cabaran Shaylanista 2.0 yaw.. 
sapa ni dia kaki kontes kat Facebook.. Instagram dan seangkatannya??

mesti korang dah biasa dengan benda benda macam ni kan~ 

pantang ada info pasal kontes samada selfie.. wefie.. gila gila.. like share & win.. mesti nak try mesti nak join.. same goes to me~

penah dengar pasal kontes ni? kena beli shampoo SAFI Shayla dan submit enty kita via sms or email macam gambar atas ni...

beberapa minggu lepas ai ada submit entry via email so simpanlah bukti resit manalah tau menang ke...

petang tadi terima call show " no caller ID" tekejut la ai sebab masa tu ai tgh busy kat tempat lain... so pick up phone mcm biasa, then he introduce his name is mr Billy~~~

what MR BILLY?? 
 
pukul 4.09pm mr billy call.. katanya call sebab nak inform yang ai terpilih menjadi 20 finalis cabaran shaylanista...

berdebar jugaklaa masa jawab call mr billy tu, nasib handphone lekat kat tangan  kalau tak memang melepaslah peluang kan...

next step nak kena hantar resit bukti pembelian pulak beserta beberapa information dan kena sampai kat pihak penganjur sebelum 11.11.15 ni..

sempat ke sampai tu.. huhuhuu esok dah sabtu, berserah jelah

bukti prmbelian dah ready nak pos.. harap esok adalah pejabat pos yang bukak kaunter kan...

menurut mr billy akan ada pemilihan akhir sebelum layak menjadi pemenang cabaran ni..

harap ada rezeki menyebelahi ai.. teringin nak terbang kat langit nun n join cabaran shaylanista tu... aamiinn ya rabbb

sekian



KL Fabulous Food Hunt 2015 - KLFFH2015 @ Lanai MaTic

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Memandangkan ai baru je create blog ni, so banyak la cerita cerita throwback yang masih fresh kan... rasa macam membazir kalau tak share dengan you all...

Masih lagi cerita pasal treasure hunt, masih lagi hunting pasal makan makan macam Allianz Foodie Hunt 2015 aritu... dengar cerita kalau nak lancar masa hunt ni kami kena standby teksi, so kami dah book pun khidmat abang teksi tu atas bantuan Fauzana dengan harga yang sangat berpatutan...


Bermula la cerita kami yang sangat mencabar... meh ai ceritakan satu persatu, so cerna baik baik sebab saya nak cerita panjang lebar ni...hhuhuu

sebelum tu nak share la event itinerary supaya yo all dapat gambaran detail:
-boleh dikatakan seharian kami jayakan event ni-

-panas tak? seronok tak? membara je hati bila tengok senarai hadiah hadiah tu-

Terbeliak bijik mata mak tengok hadiah hadiah tu.. kami target nak menang sapa nak kalahkan? untuk pengetahuan semua jumlah penyertaan kali ni adalah 170 team!! tak silap la sebab banyak yang pull out sebab ada penukaran tarikh pada awalnya sebab jerebu aritu..

Team kami pun daftar masa ada second registration sebab ada kekosongan... selamat je daftar dengan fees RM200/team...kami terus pilih nama team Just Du-it.. kekekeke

Okeh team kami ada 4orang/team... yang comelnya tersangkut pulak geng lelaki kat situ, hahaha patutnya nama team kami tu Faly's Angel baru sesuai... 

Memandangkan kami datang awal gak kat sini so kami decide nak wefie group photo tanda kenangan la katakann...

:: comelkan Faly's Angel ::
:: aiyaaa ada pulak gambar candid ::

:: okeh ni masa dengar taklimat sebelum nak flag off... eksiteddd giler ::
Masa ni la kami mula nak pasang strategi, gitu gini gitu gini gak la bincangnya...hahahaa (tak sabar dah sebenarnya ni)

:: flag off dah pun kol 10.00 pagi ::
Nak citer sikit pasal behind story yang tak dapat captured picture dia... actually dah penuh beratur pun hired teksi kat tepi jalan depan Lanaii Matic ni... awesome giler!!!

Kami pun lari lari emak la cari teksi kami, yang giler lagi kami ni yang saiz XXL panjat pagar setinggi pinggang sebab nak cepat naik teksi tu...hahaha

PENGEMBARAAN BERMULA...

:: susun strategi dan solve soalan mana satu kita nak serbu!! ::
Agak agak mencabar tak lokasi dia. kena pandai susun strategi nih,,, nasib baik team kami ada member yang sangat membantu sebab dia memang arifffff pasal jalan dan nama nama kedai kat kKL nih.... thanks NANAAAA...

Strait tu da point...

Kasi settle CP1 dekat keramat mall

Lokasi Pertama - CP1 (Wan Chopati)

Klue senang je berkat panduan nana, so kita terus serbu CP1 kat keramat, sampai sana terus je kena makan chapati 2 keping...
task ni Faly yang sahut.. siap makan wajib cop kat passport tau..


Tak sempat nak snap gambar faly makan, sebab kami bergegas nak selesaikan task Wefie kat dalam gerabak LRT bersama penumpang... so kami decide tinggal je fally selesai makan...

:: alolo comelnya adik ni, thanks sebab sudi jadi mangsa kakak eh - peminat tegar anime barangkali ::

Lokasi Kedua - CP6 (Rasa Azimas Lempeng Kelapa)

Lokasi kedua ni kami terus serbu sebab memang dah bagi tahu kat mana lokasi pastu dekat dengan lokasi pertama... jom serbu!!!
Inilah dia lokasi yang penuh dengan drama... sehangat drama slot akasia..

apa yang drama sangat?? meh nak cerita... 
drama bermula bila CP6 dah mula di kerumuni para peserta yang dah laparrr sangat nak makan lempeng tuh, kedai pulak kecik, meja pun sikit... so kena la beratur sampai kehujung jalan (tipu je) tapi menang kena line up untuk tunggu giliran...

bertambah drama bila owner kedai sebelah tu berang sangat sampai marah marah Marshall kununnyaa kehadiran kami mengganggu kelancaran bisnes diorang, kemonn pacik macik bagilah support... kejap je event ni pun...

drama punya drama dekat 20minit gak tunggu turn nak makan... adoiii buang masa!! okeh dah dpt turn makan, ai punya task makan lempeng...
ini bukan lempeng, tapi kilang lempeng gamaknyaa... sorang 2keping nak kena telan (nampak sedap tapi jangan terpedaya okkayyy)

mula la termenung tengok lempeng tu... dah separuh jalan makan pun,dah amik masa 15 minit sebab tahap kepanasan dia tahap dewa.. (lecur lidah ai) 

arrgghhh malas nak citer panjang sbb memang stuck lama kat situ... sorry kengkawan...

next CP...

Lokasi Ketiga - CP3 (Mancongkam Chicken Rice) 

Lokasi ni pun senang nak terjah sebab dah bagi nama jalan dan kedai..

tugasan untuk kak liza so kena makan nasi ayam..

baru turun teksi tup tup kak liza dah settle makan.. magik!! sangat..

hahaha... lapar sangat dan dah pasti sedappp..
:: sonok dapat snap picture, sebab ai kan juru gambar ::
okeh selesai jom pegi lokasi seterusnya...

Lokasi ke-Empat -CP4 (Nasi Kukus Ayam Dara)

Kat mana lokasi dia nih, takde klu yang membantu sampai sesat dan bazir masa rasanya...

"ada beberapa cawangannya di kuala lumpur. pergi ke cawangan di PERSIARAN XXX. apa itu XXX? TDM, TUDM, & TLDM akan dapat membantu anda menyelesaikannya"

korang rasa?? kitorang rasa lost sangat... akhirnya berjaya di kesan wahai kedai nasi kukus ayam dara nih... kat persiaran pertahanan taman melati rupanya..

:: go nana go nana ::
cepat cepat nana makan tanpa tengok kiri kanan, sempat jugakla ai snap pic dia makan...

tak sampai 10 minit selesai!!

jom next CP..

Lokasi ke-Lima - CP2 (Mee Rebus Setiawangsa)

Task ni milik kak liza, kena makan mee rebus...

"I A W A N G S E S A T"

itu klu lokasi ni, nan terus je sebut setiawangsa, apa lagi kasi serbu laa,, senang kan... nampak je senang Hahhahha
:: Nyum nyum, sedappppnyaaaa ::

Lokasi Ke-Enam - CP5 (Mat Rock Ayam Kunyit)

dekat kampung pandan ni, takde bagi direct location tapi macam dapat teka bantuan kawan kawan.. yang ni dah set untuk faly yang makan..

jauh perjalanann plus jalan jem... sedihh, tapi sampai jugak!!

get ready faly..
;; rezeki terserempak dengan team #kitorang, steady je dayat & faly makan ::
wahhh sedap tu ayam kunyit, macam biasa tugasan dan cabaran dia kena makan sampai licin.. termasuklaaaa cili yang pedas kawkaw tuh..

tulang takyah laa makan kan...adoii :P

done siap!

lepas ni nak ke lokasi CP6 kat bangsar, tapi sebelum tu kena selesai beberapa tugasan.

antara tugasan sebelum ke CP6, kami kena amik pic dlam gerabak KTM dan amik pic dekat booth Tourist Information Center (TIC) selain kat Matic...

ini pun drama jugak, sebab kami salah lokasi... menapak kesana kesini hahahaha...

lastly tanya dayat sebabb dia dah complete all task tau!!

refer info dari dayat kami decide pegi KL sentral 2in1 task...

:: TF2 kena amik gambar dengan penumpang dalam gerabak KTM ::

:: yang ni pulak task TF3 - kerana nak cari tempat ni kami sesat dan menapakk ::

Lokasi Ke-Tujuh - CP7 (Bihun sup Pak Yob Tip Top Corner)

susah cari kedai ni, kat sini ai kena buat... makan bihun sup tip top..

kena tip top? sebab bihun sup ai ni special sangat sebab kena tambah ais!!... panas kot...

maaf takde gambar untuk task ini sebab tak sempat pun.

perut ai dah penuh ngan sup n air sirap ais... maaf jugak tapi have to say that ai termuntahhh ijauuu... (*pppsssttt pagi pun ai termuntah ijau masa makan lempeng tuh...huhuuu)

dah siap terus bergegas ke CP8 kat matic.. pecutan pantas abang teksi dihalang dengan sesaknya lalulintas...

jam dah tunjuk kol 2.45pm, kami dah sampai pun kat matic tapiiiii... kami silap percaturan, lupa lokasi CP8 kat Lanai Matic art galery..
aksited sangat sampai suruh abang teksi drop kami depan stage...akkakk, apalagi patahh balik la naik teksi terus cari marshall nak dpatkan cop TF3...phuuiii lega.

terus lari ke dataran tok selesaikan task makan oblong...tugas nana pulak.. 

kat situlah kemuncakk segala galanya...task akhir untuk dpatkan tempat 30...

tapi dah tertuliskannn kami dapat no 32 masa naik stage nak serahkan passport kami...hancur lebur segala galanya...

takpe senyum jeee...hehee

tahniah team Dayat dapat no.1 (hebat korang!!)
:: selesai ::


:: Amik Berkat, mana tau tahun depan menang... see u next year! ::


sekian...

jumpa tahun depan tauuuuu!!!





Rabu, 4 November 2015

Allianz Foodie Hunt 2015

Allianz Foodie Hunt 2015

17th Oktober 2015


Penyertaan kedua tahun 2015 untuk acara Treasure Hunt tapi berlainan sikit berbanding event sebelum ni... wahhhh excited sangat sebab treasure hunt ni melibatkan MAKANNNNN.. hahaa

thanks pada informer yang ajak kami join dan register event ni, 
Event ni setiap team ada 3 orang members,pastu dalam team member tu mesti ada salah seorang adalah blogger. Pencarian team member berjaya dengan jayanya... yeayyy~~

Memperkenalkan team kami yang super duper comellll.... "Team EFL"
Sebenarnya EFL tu singkatan nama kami kami ni je [E=Elina. F=Fauzana. L=Lizawati] senang kerja tak yah nak poning poning pikir nama kumpulan... hahahaha

(Semua cun cun team member ai; Fauzana Ismail♥Lizawati Bakri♥Elina Lukman)

Sebelum flag off kami kena buat tarian zumba, gila havoc la tarian dia tapi ai enjoy je siap duduk line depan, excited dia tahap tinggi la jugak... goyang kanan goyang kiri; lompat bintang lompat bulan hahaha happening... yang penting dah berpeluh skit...

Dah habis berzumba bagai dengar sikit taklimat, pastu kami ready dah nak lari lari dan makan makan.. Tunggu punya tunggu nak flag off kena pulak line up sebab nak serahkan "Passport" task untuk acara nanti...wawaaawaa tazabaarrrrrnya...
(hanya team leader je yang kena beratur- Sis Lizawati Bakri)

Okeh acara dah nak bermula, untuk pengetahuan korang segala kemudahan pengangkutan hanya khidmat "Monorel/KTM/LRT" sahaja yang di wajibkan selain "berlari/berjalan" haaaaa nampakkkk drama dia. TAK boleh naik bas Tak boleh naik teksi. cuba banyangkann... 

Tapi semua tu belum ada dalam kepala otak sebb belum pun start. otak pikir makan je..
Lupa nak snap gambar passport untuk nama nama kedai makan yang ke pegi terjah, tapi sempat la snap gambar 10 soalan bonus yang super mencabar...
(sangat mencabar kan? adalah soalan yang senang tu dapat kami jawab)

Sebelum nak cerita panjang pasal makan makan tu, meh ai story mory pasal jawapan untuk soalan diatas.. 

1. TEH TARIK ( senang je jawapan dia )

2. APOM BALIK ( yang ni tricky sikit, apom tu dah betul tapi tatau plak ayat terbalik tu diguna pakai )
3. CHICKEN RICE BALL ( coward= ayam/chicken, grain=nasi/rice, susunan ayat bulat=bola/ball)
4. ROTI BOM ( yang ni senang giler kan? tengok je dah tau pun )
5. AYAM PONGTEH ( yang ni pun consider senang kalau tahu formula HUNT )
6. RENDANG (anda pandai geografi? tu area Pulau Redang kan.. kot kot ada nama makanan serupa redang x )
7. BAHULU ( yang ni senang bagi yang pandai huruf roman, susah nak explain la...hahaha)
8. PISANG GORENG (nampak soalan dia? haaa goreng la ayat tu sampai jumpa!! kami jumpa PISANG je, kakaka )
9. PASEMBUR ( hahaha laka laka la jawapan kami untuk soalan ni... kami jawab PAPARICH kot )
10. OTAK OTAK (memang x terpikir jawapan ni, baca la banyak kali sekalipun takkan jumpa.. kena baca sepintas lalu je baru dpt jawapan tu!!! )

Okeh jom mula lari lari dan makan!!!!

Check Point 1 (CP1) - Nasi Kandar Pelita

CP1 tugasan di sahut oleh ai (elina), actually tak bajet pun makan mee goreng mamak ni (dalam otak set makan roti canai je)... okeh drama bermula bila hidangan sampai lewat tak adil sebab kami dtg awal kot... 1st serve kami makan dulu, auucchhh panas giler mee goreng mamak ni plus panas, telan je lahh, okeh drama abis! jom lari lari anak ke LRT KLCC, kita serang Kg. Baru pulak...

Check Point 2 (CP2) - Nasi Campur

CP2 pulak cabaran untuk nana, kedai makan ni kat area kampung baru... nampak sedap kan? ada petai, ada ulam, ada ikan kembung... nasi mestila adakan tapi.... nasi takde kuah?? hahaha drama lagi bila kuah kena amik sendiri. Nasi tak berkuah mau tercekik kawan saya tu huhuhuu... YUKENDUIT nana!! hahaha, Task selesai.. jom serang CP3 (katanya area sini jugak)...

menapak dan trus menapak la kita sampai melecet kaki (omaigad!! baru nak p CP3 dah melecet)

Check Point 3 (CP3) - Nasi Padang

yang ni kak Liza punya, memang sedap giler tapi pedas skit la, jenis lauk boleh pilih sebab ada 2 pilihan je pon... Ngap ngap ngap kak liza settle. makan kejap je tapi masalah nak cari lokasi... tanya orang awam pun gitu juga... refer waze lagi jahanam... hhahaaa

okeh lari pegi LRT jom turun kat Jamek.... ada 2 task kat situ!!!

Check Point 4 (CP4) -  Kedai Manisan Jai Hind

wahhh dah sampai CP4 dan wahhh task ni kak liza sambung makan lagi! hahaha sorry kak liza.. kak liza kena makan manisan tradisional orang india... awwww ai tak makan kueh ni..heheheh

dalam task ada task, sebelum dapat passport nak check out kena jawab soalan pulakkk... 

nampak sedap nampak sedap hihiiihi, jom pegi CP5, block sebelah je kat jalan Bunus 1...

kat situ task untuk ai...waaaaaa hahaha

Check Point 5 (CP5) - Roti Canai Spesial

 wahhhh memang spesial, saya suka saya suka! 4 5 kali jugakla ngap ngap pastu abis...

sedap giler wei, tapi nikmat makan dia memang takdela sebab ni bukan makan tapi telannn!! hahaa


Roti canai special pastu ada task special jugak, kami kena snap gambar wefie yang kretip... 
props dah standby awal so xde hal la..


tudiaaaa superhero wefie, comel kan Team EFL ni? haahhaa
.
.
.

Check Point 6 (CP6) - jalan pasar pudu :ABC:

Lepas habis kat masjid india jom lari ke stesen LRT kita serbu pulak ABC kat pasar pudu..

tenaga semua dah abis, especially kak liza... sian dia 2 2 kaki krem tak leh jalan.

huarrgghhh,takpe kita pun rehat jap, jom rehat dlm train... 

okeh train sampai and jom cari kedai ABC special tuh!! kat sini kak liza dah tak dapat nak kejar so dia teringgal, nana masih lagi power leading kami kat depan... lagi pn ini task untuk dia..
nana mana nana hahahah ilang dah, sesak penuh orang kat pasar tu!!
Hebat nana, sejuk sejuk pun boleh makan sampai abis... KIPIDAP!! DONGIBAB!! hahaha
kak liza mana? hahaha tertinggal 10minit kat belakang... hahahaa 
panjang citer tu, so tak yah explain... citer yang penting penting je...

Check Point 7 (CP7) - Kedai Misteri

CP 7 ni kat bangsar je, dah dekat pun kat pit stop kami... kedai ni dorang x bagi sebarang klu sebab tu kami cakap kedai ni misteri~
kami follow team depan, pantang nampak orang pakai baju biru kami kejar... hahhha jumpa la kedai Fierce tuh.. kat situ serve nasi beriyani.. kak liza yang makan... 
nasi lagi? sian kak liza 2 task kena makan nasi...

dah jom pegi daftar tanda dah finish...
pssstttt kami skip 1 CP8 kat tangling, banyak ura ura kata kedai tu jauh menapak.
so kami memang tak pegi serang pun...huhuhu

dah takyah citer panjang panjang... team EFL kalah dengan jayanya...

dapat massage pun ok dah..

penat..

ha

ha

ha